Friday, December 12, 2014

Malam atau pagi??

Masih tak boleh tidur walaupun dah pukul 3 pagi, disaat orang lain dibuai mimpi.. aku masih dihadapan laptop. Tiada rasa mengantuk langsung, inilah penangan lepas shif malam. Tidur disiang hari dan berjaga waktu malam. Dah cuba baring tadi, tapi ayat bawah ni lah. hmmppphhh....




Dah nak dekat pukul 4 pagi ni hoiii, mata tolong lah. Aku nak tidur.pleasee... Boleh lak macam tu kan, ni lah akibatnya selepas jarang update. Cerita pun dah bercelaru habis, tajuk dengan cerita macam takda kaitan langsung. haiz..



ok, selamat malam. eh, pagi. eh, ntah la. selamat segalanya.

Tuesday, October 21, 2014

sifat

ZZZzzzz... lama sangat tidur.. hai!! baru tersedar, terjaga dari tidur. Lama sungguh nak kejut ni, payah sangat. Sebenarnya, banyak dah draft tersimpan, tak sempat nak post. cerita ntah apa2 ntah. Aaa, cakap pasal tajuk tu, takda kaitan pa pon. cuma nak bagitau sifat rajin dan malas nak update blog. sekejap rasa rajin sangat, rajin menaip je la sampai banyak sangat draft. postnye takda pon. nasib la. Bulan oktober dah skrg ni, banyak benda yg jadi. Yang pastinya, bila kita redha dengan apa yang berlaku, kita akan senang terima apa yg jadi nanti. Lebih kurang macam tu la maksudnya. Bila dah lama tak post ni, banyak sangat benda nak cerita. tapi... macam tu la. haha. adiooossss.... :P

p/s :  kenapa blog yang follow dulu boleh hilang??tetiba ja takda lgsg blog yg difollow. T_T

Thursday, March 27, 2014

after a while..

Ehem, welcoming back to blogger dear writer. Dah lama cuti, sekarang ni rasanya dah rajin sikit la kot nak menaip bagai ni. Sebelum nak mula menulis nih, memang dah fikir masak-masak sangat, nasib tak hangit ja. I'll try to write in full words, tak mau dah ayat shortcut suma. I'll try lah. :) 

Dah panjang sangat mukaddimah ni, nak cita pasai benda hat lepas. Remember the teaser?? Nak cita pasai benda tu ja pon. Kalau ikutkan, suma benda tu jadi last minute. Everything planned last minute. Sebenaqnya, awai bulan 3 baru-baru nih, me and my family pergi bercuti sakan kat Pulau Langkawi. Percutian yang dirancang tiba-tiba ni ambil masa 3 hari 2 malam jugaklah. Lepas dah confirm cuti, telefon habis mak, ayah dan adik untuk plan jalan-jalan tak rancang ni. 26 Feb tu balik la ke Penang, my sis yang drive keta balik Penang sebab i baru lepas habis keja malam. Tidoq tak berapa nak cukup, tu pasai dia yang drive. Sampai Penang dalam pukul 4 @ 5 petang macam tu lepas drive 5 - 6 hours with 1 stop kat atas Banjaran Titiwangsa tu. Henti untuk basuh muka, pastu makan Mc'D yang beli dalam perjalanan nak balik. Malam tu, packing beg untuk p Langkawi sok pagi.

Teaser..



Selepas lama berehat walaupun rasa tak puas, orang tu datang balik nak menulis. Last post Jun 2012, dah nak dekat 2 tahun berehat. Iya, 2 tahun. Eh, teaser tak boleh ayat panjang. Kbai.