Thursday, March 27, 2014

after a while..

Ehem, welcoming back to blogger dear writer. Dah lama cuti, sekarang ni rasanya dah rajin sikit la kot nak menaip bagai ni. Sebelum nak mula menulis nih, memang dah fikir masak-masak sangat, nasib tak hangit ja. I'll try to write in full words, tak mau dah ayat shortcut suma. I'll try lah. :) 

Dah panjang sangat mukaddimah ni, nak cita pasai benda hat lepas. Remember the teaser?? Nak cita pasai benda tu ja pon. Kalau ikutkan, suma benda tu jadi last minute. Everything planned last minute. Sebenaqnya, awai bulan 3 baru-baru nih, me and my family pergi bercuti sakan kat Pulau Langkawi. Percutian yang dirancang tiba-tiba ni ambil masa 3 hari 2 malam jugaklah. Lepas dah confirm cuti, telefon habis mak, ayah dan adik untuk plan jalan-jalan tak rancang ni. 26 Feb tu balik la ke Penang, my sis yang drive keta balik Penang sebab i baru lepas habis keja malam. Tidoq tak berapa nak cukup, tu pasai dia yang drive. Sampai Penang dalam pukul 4 @ 5 petang macam tu lepas drive 5 - 6 hours with 1 stop kat atas Banjaran Titiwangsa tu. Henti untuk basuh muka, pastu makan Mc'D yang beli dalam perjalanan nak balik. Malam tu, packing beg untuk p Langkawi sok pagi.

27 Feb ( 9am), bermulalah our journey to Pulau Langkawi from Penang. Drive my car until Kuala Perlis and take a ferry to Pulau Langkawi. Sampai Langkawi dalam pukul 2 petang, lewat sikit dari plan kami sebab feri yang naik tu penuh dengan orang len yang nak p cuti gak la kan. Sapa tak mau release stress with holiday kan?? Dah lepas settle kereta sewa n homestay nak duduk masa bercuti tu, p cari kedai makan. Uishh, lapaq kot. Makan mula-mula masa kat Penang lagi, mak masak bihun goreng. La ni, mulalah cita masa kat Langkawi. Nasib orang tak ramai lagi sebab hari khamis kot. Makan kat kedai tepi jalan ja, sepanjang 3 hari duk sana memang makan kat kedai tu ja. Sedap dan yang paling penting, Laici Kang kat kedai tu special sebab isi dalam laici kang tu mesti ada perubahan sepanjang kami makan kat sana. Paling penting, kacang dia letak banyak. Memang terbayang lah laici kang kedai tu sampai la ni. Fuhhh... Hari pertama tu, kami semua pusing-pusing pulau ja sambil cari jalan untuk keesokan harinya. Malam tu, lepas makan dan bersembang dengan tuan rumah homestay tu (tuan homestay duk rumah sebelah ja), keluaq la p Dataran Lang dan apa lagi leh wat, tangkap gambaq la.

28 Feb, 2nd day at P.Langkawi. Percutian hari kedua kami mulakan dengan Mangrove Hooping yang ambil masa dalam 2 jam. Leh masuk kat Gua Kelawaq, tengok/bagi helang makan, naik/turun tangga kat Gua Langsir, dan diakhiri dengan perhentian kat fish farm. Leh bagi ikan makan, nak makan pun boleh. Harga standard la kalau tempat percutian ni. Selepas tu, kami suma p Underwater World. Boleh la tengok banyak jenis ikan, jumpa penguin dan anjing laut. Comel yang amat, MasyaAllah. Selepas tu p makan kat kedai laici kang dan balik rehat kat homestay. Petang tu p kat 'cabel car' sampai lewat petang, tapi tak sempat tunggu matahari terbenam, dah penat sangat. Lepas turun dari cable car, jalan pusing-pusing kawasan keliling tu dan malam tu, ehem!! acara paling diminati. Shopping chocolate!! Banyak la beli sampai sekarang nia ada lagi tinggal sikit lagi. Cokelat yang paling sedap dah habis kena ratah awai-awai lagi.

29 Feb, hari terakhir di Pulau langkawi. Hari ni buat 1 aktiviti ja, iaitu Island Hooping. Island Hooping ni lama la jugak, ambil masa dalam 4 jam. Mula-mula boat yang kami naik tu bawak p kat Pulau Beras Basah. Kat sana, nak mandi boleh. Tapi kami semua tak mandi lah, ambil gambaq ja lebih. Lepas tu, orang yang bawa boat tu bawak p satu tempat untuk bagi helang makan. Kali ni, dapat tengok helang dari jarak dekat sikit banding semalam. Tapi dari pemandu yang bawak kami tu, selalunya helang akan lagi banyak dari hari kami p tu sebab lagi ramai yang datang bawak makanan si helang. Masa kami sampai tempat tu pun, walaupun helang tu tak banyak sangat sampai berpuluh-puluh, ada lebih 10 ekoq gak lah. Dekat 20 kot sebab banyak sangat.Bunyi burung helang ni unik sikit, macam bunyi anak kucing pun ada. Kalau nak dengaq, kena p sendiri la kan. rasa dan dengaq sendiri. Finally, kami dibawa ke Pulau Dayang Bunting. Kat sini perhentian akhir, jadi masa diberi lebih kurang dalam 1 jam. Boleh mandi kat tasik, tapi kami semua tak mandi pun. Datang ni sebab nak tengok tempat yang disebut-sebut ja. Dapat la tengok gua tempat si Dayang ni tinggal, tasik tempat Dayang mandi. Senang kata, semua yang berkaitan dengan Dayang ni, kami dah p tengoklah. 
On the way nak balik jeti, pemandu boat ni bagi special pakej untuk tangkap gambaq dekat dengan Dataran Lang, yang bezanya kami tangkap gambaq dalam bot tetapi berlatarbelakangkan si helang. Dapat gak tangkap gambaq satu family walaupun tengok macam ada yang tutup mata panas kot,susah nak buka mata. Dah sampai jeti, siap-siap ambil gambaq yang dalam piring tu, pastu p beli tiket feri nak balik petang nanti. Balik homestay, kemas beg, solat, rehat n makan. Selepas tu bergerak la ke jeti nak naik feri, tapi masa nak balik tu, banyak sangat kereta sampai jem. Memang slow yang amat la masa tu, takut kena tinggal feri ja, memang ketaq dah masa tu, Time hantaq kunci keta tu, orang yang bahagian keta sewa lak wat hal, dah la terlewat dah. Redha ja time tu. Last2, my dad called dekat owner keta sewa a.k.a owner homestay bagitau masalah kami tu, then owner tu pun kata takpa, kalau ada apa-apa, dia akan telefon balik selepas tu, dia suruh kami naik feri dulu, takut terlepas, berlari-lari anak la masa tu, sambil pegang tangan mak sebab mak sakit kaki sikit. Nasib sempat..fuhhh!!!

Sampai kat Kuala Perlis dalam pukul 5 petang lebih, p amik keta  terus balik Penang. Tapi sampai kat Penang lambat gak lah, dekat-dekat pukul 10 malam baru sampai rumah sebab jalan jammed masa kat Kedah, pastu cari stesen minyak, cari kedai makan dan beratuq masa nak naik Penang Bridge. Beratuq dengan kereta la, banyak kereta masa tu. Sampai rumah, semua pengsan. Letak ja beg, cuci muka semua, terus masuk bilik dan zzz... Banyak benda yang terjadi sepanjang 3 hari tu, tapi family is still family kan. Benda semua tu merapatkan lagi hubungan dalam family. Masa dalam feri nak balik tu, i've tell something to my mom... Lepas ni, kalau dah kawen dan nak p honeymoon tak boleh dah lah nak p Langkawi, kena p pulau lain pulak.hihi. My mom kata suh p ja Pulau Pinang. +_+...

p/s : Gambaq sepanjang kat sana, post lepas ni lah sebab banyak sangat gambaq, kena pilih dulu yang cantik. Kedai makan yg ada laici kang sedap tu dekat kuah, nama lebih kurang selera pantai timur macam tu. Kedai tepi jalan ja, kedai ni banyak jual lauk berasaskan makanan laut. Sapa yang pernah try, mesti akan suka. Have a nice day :)

0 comments: